Thursday 13 September 2012

#25 Penganggur Berjaya.

salam..


rasanya hampir 3bulan aku menjadi penganggur berjaya. maka, rutin harian aku ialah sebagai seorang surirumah yang berjaya pada waktu siangnya dan pada waktu malam, aku menjadi pemburu kerja.
harap-harap adalah rezeki aku.

aku nak cerita sikit sebenarnya.
sebelum raya haritu, minggu terakhir puasa, aku dapat tau ada hotel yang memerlukan pekerja. maka, aku pun hantar la resume. aku hantar resume pukul 10.00 pagi dan betapa efektifnya hotel tersebut, mereka memanggil aku untuk sesi interview pada pukul 5.00 petang. gelabah wehhh..

so, aku pun siap-siap la sebaik mungkin. kata interviewkan.. bawak fail, bawak sijil, pegilah interview.
sembang sikit-sikit, soal sana sini, maka si bos bersetuju nak ambik aku bekerja kat hotel tu. dia pun cerita la pasal skop of work, pasal cuti and bla..bla..bla..

last sekali baru masuk part gaji. walaupun aku ni manusia ada degree, tapi aku zero dalam bidang perhotelan. makanya si bos tak tetapkan lagi gaji aku dengan alasan nak tanya HQ dulu. tapi, sebelum aku kuar pejabat dia tu, dia ada cakap yang dia akan personally call aku after raya. aku pun balik rumah dengan hati girang dengan tanggapan "Alhamdulillah, aku dah dapat kerja."

seminggu lepas raya, dua minggu lepas raya dan sekarang dah masuk minggu ketiga after raya. SENYAP ! TAK ADA CALL !! apa dah jadi ni?? masa panggil interview aritu, tak menyempat. kononnya amat memerlukan pekerja bagi position tersebut. tapi sekarang, apa cerita? aku nak kije part time lain kat kedai kasut, risau lak kot-kot nanti panggil masuk kije.

bila pk-pk balik, tak best la kalau nak masuk kije dalam masa terdekat sekarang ni. sebabnya, bulan depan aku dah nak konvo. mestilah kena mintak cuti bagai. adehhhh...

maka aku dengan tekad dan yakin akan menelefon si bos tersebut hanya selepas aku konvo. doakan aku dapat kerja tu eh !! takpun doakan moga ada rezeki aku kat lain, kat tempat-tempat yang aku dah hantar resume tu..



p/s : sedang menjalani praktikal sebagai seorang surirumah. nanti lepas dapat 3orang anak, nak kena benti kije. heheh :p

p/s : duit takde sebab tak kije. maka, korek tabung yang adik-adik tinggal kat rumah. cukup la wat topup sebulan sekali. maaf yer adik-adik. hahaha :D




ikhlas,
-melur-


Thursday 19 July 2012

#24 Sabar itu Indah.

salam.

pejam celik, pejam celik, dengan hormatnya empunya diri ini telah bergelar surirumah a.k.a penganggur tetap sejak tiga minggu yang lalu. sangat bahagia. haha

maka, bermula la pemburuan mencari kerja. dah try apply kerja merata-rata dan kini sedang menunggu hasilnya. harap-harap ada la yang sangkut.

tapi, tergugat jugak kredibiliti sebagai penganggur ni bila makcik-makcik jiran yang datang bertandang saling bercerita sesama mereka tentang anak-anak mereka yang sudah bekerja.

"ehh ! anak makcik dah beli rumah kat situ. esok nak beli kat sana lak. tunggu loan lulus jer..", kata makcik A.

"ehh ! anak makcik dapat kije kat situ. cari kije dalam internet. gaji 5 6 ribu. siap boleh g oversea lagi..", makcik B.

sian la bonda aku tu. boleh dengar sambil senyum jer. takpelah ma. nanti kakak dapat kije, InsyaAllah ma senang. ma doakan kakak yer.. :')





p/s : rezeki itu ada. Allah s.w.t telah tetapkan bahagian masing-masing. dah usaha+tawakal+doa. dan seterusnya terserah pada Dia. yang bezannya, cepat atau lambat.




ikhlas,
-melur-

Tuesday 5 June 2012

#23 Bila tak pernah tengok.

salam.


pakai skirt/dress pergi kelas. TAK PERNAH !

pakai skirt/dress pergi jalan-jalan. TAK PERNAH !

pakai skirt/dress lepak-lepak. TAK PERNAH.

kesimpulannya, mereka mula membuat pelbagai andaian serta spekulasi.

erkkk..masalahnya, bukan tak nak pakai, tapi tak berani nak pakai cik jemah oiiiiii ! hahaha





yang pernah berkenan di hati, tapi tak punyai kekuatan untuk dipakai. :p
(ihsan:pakcikGoogle)



p/s : suatu hari nanti boleh la pakai kot. itu pun kalau badan dah slim macam Ziana Zain. erkkk..





ikhlas,
-melur-

#22 mau yang ni, boleh tak?

salam.

berharap untuk suatu hari nanti.

kereta idaman dari sekolah rendah ni. :)


yer. saya mau yang ini.
(ihsan:pakcikGoogle)





p/s : tapi, kena kumpul duit untuk kahwin dulu. lepas tu, nak beli rumah. lepas dah settle kahwin dan beli rumah, barulah intai-intai yang ni. harap-harap adalah rezekinya, kan? :)



ikhlas, 
-melur-

Monday 4 June 2012

#21 Cuba jadi sempurna

salam.

telah beberapa tahun cuba menjadi yang sempurna di mata dia.
tapi, rupanya dia hanya melihatkan kepada kebiasaan pada diri ini.
sedangkan pada masa yang sama, diri ini cuba menjadi yang terbaik.

sedih bila dianggap begitu.
tiba-tiba rasa diri ini tiada apa yang istimewanya di mata dia.


mungkin dah selalu tengok yang cantik-cantik kot. :')





ikhlas,
-melur-

Friday 1 June 2012

#20. berakhir sudah.

salam.

01 Jun 2012.
selesai sudah..
kelas terakhir sudah tamat. tugasan terakhir sudah dihantar. presentation terakhir sudah selesai.
semester akhir, tahun akhir.

sedih. namun, itulah lumrahnya. setiap yang bermula, pasti berakhir.

namun, masih mempunyai tugas yang belum selesai.

menyiapkan tesis & menduduki peperiksaan akhir.

moga-moga dipermudahkan semuanya.




ikhlas,
-melur-

Monday 21 May 2012

#19 memori itu indah

salam.

memori itu indah. memori tidak dapat diulang, namun boleh dicipta. memori boleh buat kita senyum dan dalam masa yang sama memori boleh buat hati terusik sedih.

moga memori yang sentiasa ada ini sentiasa berkekalan.

p/s : bila ingat balik kenangan-kenangan dulu, rindu rasanya. :')



ikhlas,
-melur-


Monday 14 May 2012

#18. hasad dengki.

salam.

setelah beberapa semester kami bersama, untuk semester akhir ni, kami dah tak selalu bersama. sebabnya, kami dah berlainan kelas. maka, jaranglah untuk melihat kami bersama seperti sebelum-sebelum ini.

namun tak dinafikan yang kami kelihatan agak renggang sedikit. tapi, pada hakikatnya kami tetap berkawan baik serta saling tegur-menegur.

dan, pada masa yang sama, rupanya ada yang cuba melaga-lagakan kami. eh! ingat kami ni ayam laga ker?
tapi, kami tak mudah melatah. kami tahu yang mana kawan, yang mana lawan. yang mana benar, yang mana salah.

kepada si pelaga, apalah yang kau dapat dengan melaga-lagakan kami? kami ada buat salah ker dengan kau? kalau dah tak ada orang yang nak kawan dengan kau, kau duduklah diam-diam. janganlah ditambah dosa yang sedia ada tu.

si pelaga ! jangan sampai wa jejak kasih sama lu aaa...


p/s : sahabat itu ramai. kawan itu pelbagai. namun, hati & niat lain-lain dan tiada siapa yang tahu.




ikhlas,
-melur-

Friday 11 May 2012

#17. masih ada masa.

salam.

borang soal selidik masih lagi berbaki. bukan 10, bukan 20, tapi 40set lagi. adeh!

mahu atau tidak, perlu berusaha bersungguh-sungguh sepanjang minggu ni untuk menyiapkan spss.
mata pun dah juling isi data-data dalam spss.

pssst! moga berjaya melur. :)



p/s : memerlukan satu percutian yang walaupun singkat tapi menggembirakan kerana kepala dah serabut, hati dah tak tenang. omai~



ikhlas, 
-melur-

Wednesday 9 May 2012

#16. batu berapi.

salam.

entah apalah masalah dia. tiba-tiba membuat cerita yang tidak sepatutnya. kami ok. kami sahabat. dah lumrah, dalam bersahabat kadang-kadang mestilah ada salah faham, terasa hati. tapi, kami tak jadikan hal-hal tu serius. kami anggap macam angin lalu jer.

erm..lagi satu. agak taknak bagi makwe kesayangan kau tu berkawan dengan kami yang berperangai entah apa-apa ni, bawak makwe pergi duduk dalam hutan. kawan dengan orang utan. nanti matsaleh-minahsaleh datang campak makanan, bolehlah korang makan free. korang kan memang suka makanan, benda-benda free. betul tak?

takpelah. selagi kau tak buat tesis dengan aku, tak jawab soalan peperiksaan akhir aku, aku dah tak peduli dengan kau. kau memang pelakon terbaik. elok tahun depan kau tercalon dalam ABPH.

wa doakan moga lu bahagia bro !




ikhlas,
-melur-

Tuesday 8 May 2012

#15. mereka selalu ambil berat.

  • eh ! sikit sangat kau makan. diet la tu..haha

  • eh ! banyaknya kau makan. padan la dengan badan kau. hahah

dah tu, aku tak payah makanlah, senang kan? xde la korang-korang penat mulut nak memuji-muji aku.
grrr.....


p/s : dah start jogging, dah kurang makan, tapi bila timbang, sama je. :'(




ikhlas,
-melur-

Sunday 6 May 2012

#14. pelbagai ragam.

salam.

lain orang, lain caranya.
lain orang, lain ragamnya.
lain orang, lain perangainya.

tapi, itulah penyeri kehidupan.
kalau semua mempunyai cara yang sama, mempunyai ragam yang sama, mempunyai perangai yang sama, tak meriahlah. :)

moga kemeriahan ini memberi pengajaran untuk diri aku. aku sendiri ada 1001 cara, ragam & perangai. maka, aku pun salah seorang yang memeriahkan muka bumi Allah s.w.t ini. :)


eh ! malam ini dinner aku sangat mewah. maggi hotcup. Alhamdulillah. kenyang. :)



ikhlas, 
-melur-

#13. pilih kasih.

salam.

pilih kasih.
realiti sekarang kan? tapi, apa nak buat. hari-hari melihat babak-babak pilih kasih. bukan dengki, bukan cemburu, tapi kekadang terasa tidak adil. tidak adil bagi orang yang sepatutnya mendapat pujian atau penghargaan, tapi tidak mendapatnya kerana disebabkan pilih kasih.

kesian pada diri sendiri pun ada. sebab kadang-kadang telah tidak dilayakkan untuk sesuatu perkara dek kerana pilih kasih. ok! sama sekali tidak timbul isu dengki cemburu, namun sedikit terasa di hati ini.well. hati selembut tauhu. itulah jadinya. :')

erm. pilih ! pilih ! pilih. pilihlah selagi mampu. aku? cuba bangkit dengan kelayakkan aku sendiri. tak perlu mengharapkan sesiapa. moga ada rezeki aku kan? :)



p/s : nak bercuti kat pulau. tapi musim sekarang ni, lepas ker nak pergi pulau? kalau  takut di lambung ombak, memang aku tak pergi la. takut jatuh dalam laut, lemas. hahah. :p




ikhlas,
-melur-


Friday 4 May 2012

#12. mahu mengadu nasib pada siapa?

salam.

sekarang adalah saat kritikal. masalah-masalah datang silih berganti tanpa dijemput. mana yang mahu didahulukan? penat. memang sangat penat. namun, itulah lumrah kehidupan kan? mahu atau tidak, itu yang perlu untuk mengindahkan lagi kehidupan ini.

pada siapa mahu diadukan nasib ini? tentulah padaNya yang satu. tidak semua dapat diluahkan. tidak semua dapat dikongsi. tidak semua dapat diceritakan. maka, dipendam dalam hati. hati menjadi semakin tepu. tepu kerana sudah tidak mampu menanggung lagi apa yang terbuku, tersimpan.

moga hati ini kuat. moga hati ini teguh. moga hati ini kuat. memang sedih. memang pedih apabila mengingati apa yang jadi, apa yang berlaku. namun, perlu memaksa diri menjadi positif. bak kata seorang sahabat "cepat hantar energy positif, InsyaAllah semuanya akan menjadi baik."

sering mengeluh. buruk sangat perangai. hehe.


moga hari-hari yang mencabar ini terbalas suatu hari nanti. rindu untuk melihat senyuman mereka. :')



ikhlas,
-melur-

Friday 16 March 2012

#11. hati susah.

salam.

bukan mudah hendak memuaskan hati semua pihak. dan dalam masa yang sama bukan mudah untuk menjaga hati sendiri.

payah. semua menjadi semakin payah dan perlahan-lahan memerlukan kekuatan untuk bangkit. kadang-kadang diri ini menjadi semakin lemah. semakin lemah untuk menghadapi dugaan dan ujian daripadaNya.

benar. umat yang diuji olehNya merupakan umat yang disayangi dan diingati olehNya. mungkin aku yang alpa. aku yang lalai dan dengan cara memberi aku sedikit ujian ini, aku akan tersedar. umpama sedang berbasikal kemudian terlanggar batu.

perlu mencari sedikit kekuatan yang membuatkan diri ini semakin tabah menerima apa yang telah ditulis olehNya. :')




ikhlas,
-melur-

Monday 5 March 2012

#10. bahagia

salam..

rasanya, setelah 4 semester berada di UPM, akhirnya semester akhir (InsyaAllah) semester 6 adalah semester yang paling bahagia. sebabnya, dah tak ada masalah-masalah yang memeningkan kepala terutama melibatkan mereka-mereka yang tidak sepatutnya.

dan, terima kasih buat mereka yang sentiasa ada untuk aku. :)

dan, harapnya semester terakhir ini akan dipermudahkan olehNya. walaupun banyak aktiviti, tapi dalam masa yang sama, aku perlu menyiapkan tesis aku yang pada masa sekarang masih lagi bab 1. ok! aku sangat enjoy sakan buat masa sekarang..grrr~




ikhlas,
-melur-

Friday 17 February 2012

#09. hello U. goodbye rumah.

salam..

dalam masa beberapa hari lagi, maka akan ditinggalkan percutian mewah ini dengan kembalinya ke dunia realiti sebagai seorang pelajar.

ok. bukan mudah untuk meninggalkan rumah setelah hampir 10bulan menghabiskan masa di rumah yang serba lengkap ini. lebih-lebih lagi meninggalkan Bonda bersendirian.

bersendirian di sini adalah bukan bermaksud beliau tinggal seorang diri di rumah tapi bersendirian untuk ke mana-mana tanpa pemandu peribadi (aku lah tu) , bersendirian melakukan kerja-kerja rumah serta tiada teman bergosip.

sangat sedih. memang aku anak sulung, dan kerana aku anak sulung la, aku sangat rapat dengan bonda dan sentiasa menemani bonda serta ada untuk bonda.

dan, dalam masa yang sama, aku sangat risau untuk menghadapi semester terakhir ini kerana seawal aku diploma lagi aku telah dimomokkan dengan cerita-cerita seram berkaitan dengan Thesis..adeh !!

Ya-Allah. moga Kau mempermudahkan segala urusan ku dan lindungilah keluargaku dari segala keburukkan dan kejahatan. Amin.


p/s : macam mana nak kahwin ni kalau tak boleh duk jauh dari bonda...huhuhuhu




ikhlas,
-melur-

Thursday 16 February 2012

#08. hospital

salam..

9.30mlm. tiba-tiba dapat mesej dah ada kat hospital.

check dada sebab terlanggar pemain lawan masa main bola sepak.

itu la..pergi main tak minta izin dari isteri. (kononnya la.. )

moga cepat sihat yer sayang..

Sunday 12 February 2012

#07. Jom kita kahwin, nak?

salam..

dalam tak sedar, jiran sebelah rumah sebaya dengan aku, dah ada anak sorang. maka, Bonda mula mengeluarkan kata-kata yang mudah difahami oleh aku. BILA NAK KAHWIN?

erk..bukan tak nak kahwin. tapi, ongkosnya belum ada..

kepada bakal-suami-ku. mintak maaf tau kerana terpaksa menunggu lama. bukan tak nak, tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. tiba masa, cepat-cepat i tarik tangan u pegi berlari-lari ke pejabat kadi.


p/s : bukan senang kan nak kahwin zaman sekarang ni...huhuhu


ikhlas,
-melur-

Sunday 29 January 2012

#06. semua orang dah balik.

salam.

kami empat beradik. aku yang sulung. walaupun aku yang sulung, aku yang paling pendek. ok ! pendek tapi adik-adik sayang. whee~

berbalik kepada tajuk entry. hah! itu la. sepatutnya semua masih dalam edah daripada belajar a.k.a cuti semester. tapi, adik-adik aku ni orang sibuk katanya. seorang terpaksa menyiapkan projek rekaciptanya manakala lagi seorang perlu menghadiri annual camp. dan, yang bongsunya (lepasan SPM) menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan bekerja demi mencari sesuap nasi.

akibatnya, Bonda mula terasa kesunyiaan beliau. kesian Bonda. mana tak sunyi. sebelum ini, tiap masa mendengar yang menjerit. yang berlari. yang menyanyi. dan sekarang, hanya dengar bunyi kipas, pandang dinding.

takpe Bonda. nanti cuti semester yang akan datang, teratak kita akan kembali riuh.


(psstt : Bonda. kalau nak riuh jugak teratak ni, cepat-cepat kahwinkan MELUR. buat kenduri 3hari 3malam..hahahaha)



ikhlas,
-melur-

Thursday 26 January 2012

#05. besar vs kecik.

salam.

kemas-kemas bawah katil, jumpa kotak. ada album. album zaman sekolah menengah. wah ! agak menyedihkan kerana apabila melihat kembali gambar-gambar tersebut. kerana aku dah semakin besar. yer! memang la semua orang makin membesar seiring dengan pertambahan usia, tapi ni dah melampau besarnya. adeh ! boleh tak nak kecik macam dulu-dulu?

okey ! diet malam ni.


p/s: dengki dengan orang yang slim cantik. tapi, dengki yang berniat baik kerana ia menjadi motivasi diri untuk mengecilkan kembali diri ini.(nak kahwin.kena kecik. kalau tak, tak muat nak pakai baju pengantin)



ikhlas,
-melur-



Tuesday 24 January 2012

#04. menghadirkan diri.

salam.

Berjauhan. Apabila diam tanpa sebarang khabar berita, ia agak menyakitkan. bukan apa. cuma risaukan keselamatan dan kesihatannya.

moga dia selamat dibawah rahmat dan lindungNya. amin.



ikhlas,
-melur-

Friday 20 January 2012

#03. dia sentiasa ada.

salam.

berjumpa dia membuatkan hati ini rasa senang. senang kerana dapat berkongsi rasa, dapat meluahkan kata. bukan mudah untuk meluahkan apa yang ada dalam hati ini.

beruntung kerana dia sentiasa ada.

kepada dia. terima kasih. terima kasih kerana sudi hadir menemani diri ini.

ikhlas,
-melur-

Tuesday 17 January 2012

#02. si tua dan si muda.

salam.

si tua berusia 50-an. dan si muda pula berusia 20-an. memang secara mata kasarnya memang tiada yang salahnya untuk mereka menjalinkan hubungan. Namun, ia menjadi kesalahan yang amat-amat besar apabila si tua itu merupakan SUAMI dan juga AYAH orang. pada masa yang sama, si muda pula sebaya dengan anak si tua.

seperti tiada perasaan bersalah apabila menjalinkan hubungan sebegitu rupa.

tolong sedar diri.

sesungguhnya, sudah tiada perasaan hormat ini pada si tua.

kepada si muda. tunggu ! jangan risau. suatu hari nanti kita akan bertemu.



ikhlas,
-melur-

Monday 16 January 2012

#01. titik mula.

salam.

bukan mudah untuk berkata apabila ia melibatkan sesuatu yang bukan mudah untuk dibicarakan.
namun, sejauh mana ia mampu dipendam kerana bimbang suatu hari ia akan membawa kepada kemudaratan.
ya! kemudaratan hati yang mana sekali ia terluka, bukan mudah untuk diubati.

pabila diri ini tidak lagi mampu menanggung apa yang tersirat mahupun tersurat, ia menjadi amat payah !


ikhlas,
-melur-